Berapa Kos Rawatan Jantung?
Assalamualaikum.
Saya ingin kongsi poster Kos Rawatan Jantung yang dikongsikan oleh Sinar Harian yang mengambil sumber dari Institut Jantung Negara.
Cuba lihat berapa kos rawatan jantung di bawah ini:
Kosnya tinggi bukan?
Prosedur rawatan jantung itu sendiri kompleks dan ia memerlukan khidmat pakar. Mungkin ini antara penyebab kenapa kos rawatan jantung itu menjadi tinggi.
Inilah realitinya...
Kos rawatan perubatan itu tinggi...
Lebih-lebih lagi kos untuk rawatan penyakit kritikal. Begitu juga dengan penyakit yang memerlukan rawatan yang berterusan.
Takaful Penyakit Kritikal
Tanpa perlindungan takaful simpanan kita akan susut dengan cepat sekiranya memerlukan rawatan perubatan terutama sekali rawatan penyakit kritikal.
Mahu tidak mahu kita perlu melindungi kewangan kita.
PruBSN ada menawarkan pelan takaful dengan manfaat tambahan untuk perlindungan penyakit kritikal.
Rider Crisis Shield dan Rider Crisis Protector misalnya akan memberikan anda pampasan apabila anda disahkan menghidap salah satu dari penyakit kritikal yang dilindungi.
Dengan mengambil rider (manfaat tambahan) ini anda akan menerima pampasan penyakit kritikal dengan bayaran secara sekaligus.
Contoh Situasi
Anda mengambil takaful dengan manfaat tambahan Rider Crisis Shield atau Rider Crisis Protector sebanyak RM100,000.
Sekiranya di kemudian hari nanti, anda disahkan menghidap salah satu dari 43 penyakit kritikal yang dilindungi, anda layak menerima pampasan.
Anda akan menerima bayaran sekaligus sebanyak RM100,000.
Nota: Ada beza ya antara dua rider ini. Tak sama sebab ada beza bagaimana anda akan dilindungi. Sila tanya dengan ejen takaful anda untuk penjelasan lanjut.
Akhir Kata
Kos rawatan jantung itu tak murah... dan salah satu cara untuk kita melindungi kewangan kita adalah dengan mengambil takaful supaya simpanan kita tidak susut dengan cepat.
Dapatkan takaful untuk diri kita sendiri, juga untuk mereka yang tersayang.
Semoga bermanfaat.
― Adilah Raazali